Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) dipersembahkan air doa selamat oleh Tengku Panglima Besar Selagor Tengku Abdul Samad Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto Bernama
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) dipersembahkan air doa selamat oleh Tengku Panglima Besar Selagor Tengku Abdul Samad Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto Bernama

Shah Alam: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyempurnakan Istiadat Menyembahkan Air Doa Selamat bersempena sambutan ulang tahun hari Keputeraan baginda yang ke-70 esok.

Baginda menyempurnakan istiadat berkenaan di Balai Singgahsana, Istana Bukit Kayangan di sini, disaksikan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali, anggota

Exco kerajaan negeri, anggota kerabat Diraja Selangor dan dif kehormat.

Air Doa Selamat itu dipersembahkan kepada Sultan Selangor oleh adinda baginda, Tengku Panglima Besar Selangor Tengku Abdul Samad Shah.

Semalam, Sultan Sharafuddin berangkat menziarahi Makam Diraja Klang dan menyertai majlis tahlil di makam tersebut.

Antara program lain yang disusun bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan baginda ialah majlis jamuan teh diraja di Padang Mahkota Istana Alam Shah, Klang, 3 petang esok, diikuti istiadat pengurniaan darjah dan bintang kebesaran pada Sabtu ini di Balairung, Istana Alam Shah. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Disember 2015 @ 8:21 PM