SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan menganugerahkan DK kepada Sultan Salahuddin Badlishah pada Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Sempena Ualng Tahun Tahun Hari Keputeraan Sultan Selangor ke 72 di Istana Bukit Kayangan.
SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan menganugerahkan DK kepada Sultan Salahuddin Badlishah pada Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Sempena Ualng Tahun Tahun Hari Keputeraan Sultan Selangor ke 72 di Istana Bukit Kayangan.
Ayusliza Azizan

Shah Alam: Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dianugerahkan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (DK) daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis berlangsung di Balai Singgahsana, Istana Bukit Kayangan, di sini, semalam.

Darjah kebesaran tertinggi di Selangor berkenaan dianugerahkan sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-72 Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 11 Disember lalu.

Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman serta Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Seramai 20 ahli rombongan diraja dari Kedah berangkat menghadiri istiadat pengurniaan berkenaan.

Turut berangkat, Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff dan Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Hadir sama, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Sultan Sallehuddin dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-29 pada 12 September tahun lalu menggantikan Almarhum kekanda baginda Sultan Abdul Halim Muā€™adzam Shah yang mangkat pada 11 September lalu.

Darjah kebesaran itu dizahirkan pada 1961 mengandungi seutas kalung, lencana kalung, bintang darjah, selempang dan lencana selempang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 January 2018 @ 3:46 AM