Cakap pasal cinta, Cik Pang ada terbaca entri produser jelita popular, Gayatri Sue-Lin Pillai yang memuat naik fotonya menyambut hari lahir bersama bekas teman lelaki, Zul Ariffin dan ibunya.

Sekali gus buat Cik Pang tertanya-tanya, apa status sebenar mereka berdua ya? Masih bercinta atau tidak? Atau sekadar kawan sahaja? Kalau lihat pada entri dimuat naik Gayatri, bunyinya seolah mereka hanya berkawan baik.

Cik Pang pening juga sebab baru-baru ini Gayatri juga dilihat hadir menyaksikan Gegar Vaganza bersama ibu Zul. Satu Malaysia nampak apabila wajah mereka terpampang di TV.

Tapi yang musykil, kenapa Zul sambut hari lahir bekas teman wanita saat kekasih hati barunya, Zahira McWilson dikatakan berada di luar negara?

Apabila difikirkan balik, tindakan Zul itu tak salah. Cuma, biasalah bimbang timbul spekulasi lain seolah Zul tidak boleh lupakan bekas kekasih.

Kalau betul Zul dan Gayatri kembali bercinta dan kekal sampai ke jenjang pelamin, banyak juga pahala Zul dapat.

Apa sekalipun, ini soal hati dan perasaan. Kalau cakap lebih-lebih nanti, ada pula kata Cik Pang tak hormat privasi mereka.

Bagi Cik Pang, siapa saja pilihan Zul dan Gaya, itu hak mereka dan doakan saja yang baik-baik. Amin!

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Disember 2015 @ 5:04 AM