(Dari kiri), Messi, Ronaldo dan Neymar bersaing anugerah Ballon D’Or. Foto AFP
(Dari kiri), Messi, Ronaldo dan Neymar bersaing anugerah Ballon D’Or. Foto AFP

Zurich: Neymar melengkapkan senarai tiga pemain bersaing merebut anugerah Ballon D'Or untuk kali pertama bersama rakan sepasukan Barcelona Lionel Messi dan penyandang gelaran Cristiano Ronaldo.

Ronaldo meraih gelaran pemain terbaik dua tahun berturut turut selepas menamatkan penguasaan Messi selama empat tahun.

Pemenang akan diketahui pada majlis gala di Zurich pada 11 Januari bersama beberapa siri lain yang akan diumumkan.

Anugerah jurulatih terbaik membabitkan persaingan antara Jorge Sampaoli - membawa Chile memenangi Copa America serta jurulatih Bayern Munich, Pep Guardiola dan Luis Enrique dari Barcelona. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 9:57 PM