MANGSA banjir, Muhammad Asrul Mohd Rosli, 10, menikmati makanan yang disediakan di pusat pemindahan di SK Parit Mahang, semalam. FOTO Bernama
MANGSA banjir, Muhammad Asrul Mohd Rosli, 10, menikmati makanan yang disediakan di pusat pemindahan di SK Parit Mahang, semalam. FOTO Bernama
Oleh Ayusliza Azizan

Kuala Selangor: Seramai 587 penduduk membabitkan 124 keluarga berada di tujuh pusat pemindahan mangsa banjir di daerah ini sehingga, 6 pagi tadi.

Pengerusi Operasi Banjir Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata, pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang masih mencatatkan rekod tertinggi mempunyai 388 orang membabitkan 72 keluarga.

"Manakala 61 orang membabitkan 11 keluarga berada Balai Raya Kampung Bukit Kuching dan 35 orang membabitkan 14 keluarga di Balai Raya Kampung Bukit Cherakah.

"Di pusat pemindahan Balai Raya Kampung Bukit Hijau seramai 34 orang membabitkan sembilan keluarga dan Masjid Simpang 3 Jeram mempunyai 29 orang dari tujuh keluarga," katanya.

Shamsul berkata, bagi penempatan banjir di Surau Ladang Tuan Mee, 29 orang daripada sembilan keluarga sementara Balai Raya Kampung Asahan yang baru dibuka pada malam tadi mempunyai 11 orang membabitkan 2 keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2015 @ 10:50 AM