Oleh Siti Zarinah Sahib

Mata adalah aset yang sangat penting dan jarang diberikan perhatian penjagaannya. Sebenarnya hanya dengan mengambil sumber semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin A dapat memelihara mata dan mengelak daripada masalah rabun pada usia muda.

Walaupun terdapat pelbagai faktor seperti persekitaran, terlalu lama di hadapan komputer dan gajet yang turut memberi kesan kepada kesihatan mata, namun sebaiknya kita banyak mengambil makanan kaya vitamin A bagi membantu memelihara mata dan mengelak daripada masalah kesihatan yang lain.

Antara sayuran dan buah-buahan yang digalakkan diambil setiap hari termasuk:

Lobak merah

Lobak merah sangat baik untuk kesihatan mata kerana mengandungi beta-karoten yang akan ditukar menjadi vitamin A.

Vitamin A sangat penting untuk menjaga kesihatan mata agar lebih terang dan tidak mudah mendapat rabun. Lobak merah juga bermanfaat melepaskan radikal bebas yang ada dalam tubuh.

Biji bunga matahari (kuaci)

Siapa sangka kuaci yang sering dimakan sebagai pengganti bertih jagung bermanfaat untuk menjaga kesihatan mata. Kuaci mengandungi selenium, zink dan vitamin E yang boleh mencegah gangguan pada mata seperti katarak dan gangguan yang disebabkan oleh faktor penuaan. Selain itu, biji bunga mata hari juga mengandung vitamin B2 yang berfungsi untuk mengatasi penyakit silau pada cahaya atau sering dikenali dengan istilah photophobia.

Salmon

Salmon mengandungi lebih banyak omega-3 berbanding ikan laut dalam yang lain. Beberapa penelitian menunjukkan individu yang mengambil salmon sebagai rutin terhindar daripada gangguan mata kering dan mata akan sihat sentiasa.

Telur

Telur mengandungi sumber nutrisi yang sangat baik untuk mata antaranya lutein, B12, vitamin D, zink dan vitamin A . Lutein dan zeaxanthin yang terkandung di dalam putih telur antioksidan terbaik yang dapat mencegah proses degenerasi makular dan katarak.

Bayam

Selain dapat menambah tenaga, bayam mempunyai khasiat yang tinggi dan hampir sama dengan telur. Bayam juga mengandungi banyak zeaxanthin dan lutein. Selain itu, bayam juga kaya vitamin C yang dapat mencegah penyakit glaukoma.

Avokado

Avokado memiliki kandungan lutein paling tinggi jika dibandingkan dengan buah lain. Fungsi lutein adalah mencegah degenerasi makular dan katarak. Selain itu, avokado juga juga berperanan sebagai penyerap nutrisi penting seperti alfa dan beta-karotena yang berguna dalam membentuk vitamin A agar dapat diserap tubuh dengan baik.

Bawang putih

Kandungan selenium, vitamin C, vitamin B1, quercetin dan glutathione pada bawang putih bermanfaat untuk melindungi lensa mata daripada radikal bebas seperti sinar UV.

Selain itu, bawang putih juga dapat menjaga peredaran darah dan dapat memperkuat sel optik dan daya tahan tubuh yang tentu saja membantu mata agar tetap sihat.

Tomato

Tomato sering digunakan untuk merawat kesihatan kulit wajah, tetapi buah tomato juga memiliki banyak manfaat untuk menjaga kesihatan mata. Tomato yang diperkaya vitamin A, vitamin C dan lycopene ialah tiga nutrisi yang sangat penting untuk mata.

Brokoli

Brokoli, sayuran yang baik untuk merawat dan menjaga kesihatan mata kerana brokoli mengandung nutrisi yang sama seperti bayam iaitu lutein dan zeaxanthin.

Kedua-dua nutrisi ini fungsinya seperti cermin mata yang akan melindungi mata daripada pancaran sinar UV. Makan banyak brokoli juga terbukti dapat menurunkan risiko terkena katarak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2015 @ 10:36 AM