ANTARA babak menarik dalam Ada Apa Dekat Bus Stop.
ANTARA babak menarik dalam Ada Apa Dekat Bus Stop.
ANTARA babak menarik dalam Ada Apa Dekat Bus Stop.
ANTARA babak menarik dalam Ada Apa Dekat Bus Stop.
ANTARA babak menarik dalam Ada Apa Dekat Bus Stop.
ANTARA babak menarik dalam Ada Apa Dekat Bus Stop.
Oleh Wan Nur Ameera Meor Rozman

Sebagai salam perkenalan, Katak Hijau Entertainment Sdn Bhd menerbitkan filem berjudul Ada Apa Dekat Bus Stop (AADBS) yang dibintangi Abam Bocey, Myo Oh Chentaku, Tauke Jambu, Airis Jasmin, Zaibo dan Kazar Saisi.

Filem yang mengetengahkan tagline ‘Bila manusia lebih hantu daripada hantu’ ini mengisahkan tiga sahabat cuba merungkai misteri hentian bas di kampung mereka.

Hentian bas terbiar itu dijadikan tempat melakukan pelbagai aktiviti negatif dan songsang. Namun, kemunculan hantu Kak Senah buat penduduk kampung takut dan keadaan semakin misteri apabila gadis bernama Maya menaiki bas yang dipandu Abam.

Mendapat sentuhan sutradara Ikhzal Azfarel Ideris, naratif filem ini agak berbeza dengan filem seram komedi sedia ada apabila menampilkan watak hantu baik yang berusaha membendung gejala sosial di kampung itu.

“Ramai sedia maklum gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat khususnya remaja semakin membimbangkan. Jadi kami visualkan permasalahan itu ke layar perak dengan harapan dapat menyuntik kesedaran orang ramai.

“Antara pengajaran yang ingin disampaikan adalah masyarakat perlu bersatu menangani gejala sosial dan isu berbangkit,” katanya kepada penonton adalah permuafakatan sesama masyarakat setempat dalam bersama-sama menangani masalah sosial dan isu berbangkit,” kata Ikhazal ketika bertandang ke Balai Berita baru-baru ini.

Sambung Ikhzal, Meskipun Myo atau nama sebenarnya Mior Luqman Mior Zain masih baru dalam bidang lakonan, penyanyi itu cukup bersemangat dan bertenaga sepanjang penggambaran.

“Selain menjadi antara pelakon utama, Myo turut bertindak sebagai komposer, penulis lirik dan menyanyikan lagu tema filem ini iaitu Terus Mencari.

“Saya puji hasil kerjanya. Pemilihan genre progresif rock yang digabungkan dengan elemen tradisional sesuai dengan mood filem ini,” katanya.

Filem yang bakal menggegarkan pawagam pada 19 November ini menjalani penggambaran di Pekan Parik, Perak dan mengambil masa 22 hari untuk disiapkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 November 2015 @ 9:01 AM