MANGSA ditembak di kedai fotostat. FOTO ihsan pembaca
MANGSA ditembak di kedai fotostat. FOTO ihsan pembaca
Oleh Siraj Mohd Zaini


Kuala Lumpur: Lelaki berusia 30-an parah selepas ditembak penjenayah di kedai fotostat di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.15 petang itu, mangsa turut membawa tiga anaknya ke kedai itu dengan menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard berkata, suspek yang juga menaiki motosikal memakai topi keledar berwarna putih ketika melepaskan beberapa das tembakan kepada dada mangsa.

"Kes masih dalam siasatan polis mengenai motif suspek menembak individu terbabit.

"Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Kajang dan keadaannya dilaporkan kritikal," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 November 2015 @ 1:46 AM