Sebahagian penduduk Kampung Meru membantah cadangan pembinaan tokong di Lot 4371 kampung itu. FOTO Ayusliza Azizan
Sebahagian penduduk Kampung Meru membantah cadangan pembinaan tokong di Lot 4371 kampung itu. FOTO Ayusliza Azizan
Oleh Ayusliza Azizan

Kapar: Lebih 50 penduduk Kampung Meru mengadakan perhimpunan aman membantah cadangan projek pembinaan tokong di Lot 4371 kampung itu pagi tadi.

Bantahan itu diadakan berikutan penduduk bimbang pembinaan rumah ibadat berkenaan menambahkan kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

Ketua Kampung Meru Thaifor Noor berkata, seminggu lalu, penduduk diberi notis mengenai cadangan menukar syarat tanah berkenaan kepada institusi keagamaan iaitu rumah ibadat penganut agama Buddha.

“Kami berharap cadangan pembinaan tokong itu dihentikan untuk menjaga sensitiviti penduduk yang kebanyakannya beragama Islam di sini.

"Penambahan tokong di kawasan ini dilihat tidak perlu berikutan sudah terdapat rumah ibadat agama Buddha di hujung jalan Meru dan jirat Cina kira-kira dua kilometer dari situ," katanya, di sini

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2015 @ 8:20 PM