Oleh Mohamad Fahd Rahmat


Nusajaya: Kerajaan Negeri akan membangunkan Iskandar Malaysia Motorsports City and Fast Track dengan nilai pelaburan komited mencecah RM3 bilion pada tahun depan.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, inisiatif berkenaan diambil bagi memperkasa peranan belia yang mewakili lebih 40 peratus daripada jumlah penduduk negeri ini.

"Lebih penting kewujudan projek pemangkin ini akan mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan baru dalam sektor automotif serta sukan permotoran.

"Malah peluang latihan dan kemahiran kepada anak muda dan golongan belia tempatan selain ia diharap peluang itu direbut oleh semua pihak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam pembentangan Bajet 2015 Negeri Johor Darul Takzim di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 November 2014 @ 12:44 PM