Dr Mahathir. FOTO Saifullizan Tamadi
Dr Mahathir. FOTO Saifullizan Tamadi
Oleh Hairulazim Mahmud dan Mohd Nasif Badruddin


Kuala Lumpur: Polis membuka tiga kertas siasatan terhadap aduan dibuat ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan menghasut.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan berikutan dua laporan polis yang diterima di Klang dan satu lagi di Jinjang.

Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, laporan polis di Jinjang yang dibuat ke atas Dr Mahathir sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

"Kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 9 Oktober lalu untuk ulasan dan arahan selanjutnya setelah siasatan selesai dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2015 @ 4:12 PM