FOTO Arkib NSTP
FOTO Arkib NSTP
Oleh Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff mengumumkan akan bercuti sementara untuk jawatan berkenaan akibat masalah kesihatan.

Jawatan berkenaan akan dipangku sementara oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Mohamed Al Amin Abd Majid untuk satu tempoh bergantung kepada kesihatan Tengku Mahaleel.

Bagaimanapun, masalah kesihatan berkenaan tidak didedahkan dalam sidang media selepas Mesyuarat Ahli Majlis BAM, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2015 @ 2:06 PM