Anggota bomba melakukan pencarian mangsa yang dikhuatiri lemas. FOTO Amrullah Abdul Karim
Anggota bomba melakukan pencarian mangsa yang dikhuatiri lemas. FOTO Amrullah Abdul Karim
Oleh Amrullah Abdul Karim

Bukit Beruntung: Dua lelaki dikhuatiri lemas ketika menangguk ikan di kawasan pembetungan berhampiran Bukit Beruntung Golf & Country Club, di sini, petang semalam.

Mangsa yang masing-masing berusia lingkungan 30-an dipercayai dihanyutkan arus deras kira-kira 5 petang.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Md Razi Hassan berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan bermula jam 9.51 malam tadi namun terpaksa dihentikan kira-kira dua jam kemudian kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan.

"Mangsa bersama seorang lagi rakannya yang terselamat dilaporkan dihanyutkan arus deras secara tiba-tiba.

"Seorang rakan mereka dapat berpaut pada sebatang paip namun dua lagi hilang," katanya ketika ditemui di lokasi operasi menyelamat pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Oktober 2015 @ 12:23 PM