FOTO Amrullah Abdul Karim
FOTO Amrullah Abdul Karim
Oleh Amrullah Abdul Karim

Bukit Beruntung: Penuntut perakaunan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Mohd Eizrul Fahisyam Fauzi, 21, dipercayai lemas di Sungai Selangor dekat Kampung Timah SKC dekat sini ketika memancing bersama bapa dan adiknya semalam.

Ketika kejadian kira-kira 7 petang itu, Mohd Eizrul dikatakan cuba menyelamatkan adiknya, Mohd Izzat Ikhwan, 17, yang tergelincir ketika mandi namun dia pula lemas dan bapanya, Fauzi Che Sa, 42, bertindak menangkap tangan Mohd Eizrul namun terlepas dibawa arus deras.

Ibu mangsa, Halimatun Saadiah Saad, 45, berkata, dia mengetahui kejadian itu kira-kira 8 malam selepas diberitahu Mohd Izzat.

"Mohd Izzat sedih dan minta maaf kerana tak dapat bantu abangnya," katanya.

Sementara itu operasi mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini oleh unit menyelam anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2015 @ 10:50 AM