Tahniah SS ucapkan buat penyanyi Salma Mentor, 25, yang selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Serdang jam 9.31 malam kelmarin.

Salma yang juga bekas protege Erra Fazira melahirkan bayi seberat 4.1 kilogram itu secara pembedahan selepas mendapat nasihat doktor.

SS difahamkan, pembedahan terpaksa dilakukan kerana bayi dalam kandungan Salma agak besar.

Menurut suaminya, Azri yang sempat SS hubungi, doktor memberi dua pilihan sama ada mahu bersalin secara pembedahan atau normal.

Jika normal ia berisiko kepada bayi sebaliknya secara pembedahan risiko kepada si ibu.

SS kagum dengan semangat Salma yang sanggup berdepan risiko demi anaknya kerana dia lebih bimbangkan risiko kemungkinan bayi akan lemas.

Pasangan ini bernikah pada 31 Januari lalu di Tawau, Sabah. Ia adalah perkahwinan kedua Salma yang turut dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia tujuh tahun menerusi perkahwinan pertama.

SS: Tak sabar tunggu wajah comel anak Diana Danielle dan Farid Kamil.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2015 @ 11:46 AM