ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan tangan lelaki Myanmar yang tersepit. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan tangan lelaki Myanmar yang tersepit. FOTO ihsan Bomba
Oleh Salman Hamat


Bukit Mertajam: Seorang lelaki warga Myammar berusia 59 tahun menanggung seksa lebih 20 minit selepas tangan kanannya tersepit pada mesin pemprosesan rumput di Taman Perwira, Permatang Tinggi, Bukit Mertajam, pada 3.35 petang semalam.

Ketua Balai Bomba Bukit Mertajam Pegawai Bomba Tinggi Wan Ruslan Wan Yahaya berkata, kejadian ketika mangsa sedang memasukkan rumput ke dalam mesin berkenaan untuk diproses sebagai makanan lembu.

Namun, tangan mangsa dikatakan tersepit pada mesin berkenaan sebelum disedari rakan yang kemudian menghubungi bomba.

"Kami terpaksa menghubungi ambulans bagi meminta bantuan pegawai perubatan untuk memberikan suntikan bius bagi mengurangkan rasa sakit dialami lelaki itu.

"Anggota terbabit dalam kemudian terpaksa meleraikan mesin berkenaan untuk mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit,"

Wan Ruslan berkata, mangsa kemudian dirujuk ke hospital untuk rawatan kecemasan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 November 2014 @ 2:00 PM