KERTAS kosong yang diikat menyerupai wang kertas.
KERTAS kosong yang diikat menyerupai wang kertas.
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi .

.

Ampang: Tarik wang dari alam jin. Itu tawaran seorang 'bomoh' warga Georgia, Timur Eropah, yang mendakwa mampu menggandakan wang sebanyak hampir RM400,000 menjadi RM1.65 bilion.

Suspek berusia 39 tahun itu mendakwa mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan jin dan menyedut keluar wang dolar Amerika Syarikat yang disimpan di alam ghaib.

Penipuan licik itu bagaimanapun memperdaya seorang ahli perniagaan tempatan berusia 40 tahun yang sanggup memberikan suspek wang tunai RM393,500.

Bomoh temberang itu turut mengarahkan mangsa membeli sebentuk cincin sakti berharga RM2,000 kononnya sebagai 'kunci' untuk menarik wang daripada alam jin.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, penipuan itu dikesan bermula selepas mangsa bertemu suspek di kawasan Pandan Indah, di sini, September lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 November 2014 @ 5:20 AM