SKUAD kebangsaan ketika sesi latihan di Padang FAM pada 5 Oktober. FOTO Hasriyasyah Sabudin
SKUAD kebangsaan ketika sesi latihan di Padang FAM pada 5 Oktober. FOTO Hasriyasyah Sabudin
Oleh Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya mencatat kemenangan pertama tahun ini apabila mengalahkan Laos 3-1 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Thupatemi Royal Thai Air Force, Bangkok, hari ini.

Gol skuad kendalian jurulatih sementara Datuk Ong Kim Swee itu dihasilkan oleh Christie Jayaseelan pada minit ke-50 dan minit ke-92 serta Azammuddin Akil pada minit ke-53.

Laos meraih gol tunggal menerusi sepakan penalti Sitthideth Khanthavong di minit ke-82.

Selepas ini, skuad Harimau Malaya akan bertemu Timor Leste pada aksi kelima kumpulan A kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Perbandaran Dili pada 13 Oktober.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2015 @ 7:14 PM