MAYAT lelaki mangsa bunuh ditemui dalam kebun kelapa sawit. FOTO Ahmad Othman
MAYAT lelaki mangsa bunuh ditemui dalam kebun kelapa sawit. FOTO Ahmad Othman
Oleh Ahmad Othman


Kota Tinggi: Mayat lelaki mangsa bunuh ditemui dalam kebun kelapa sawit di Felda Peringkat 1, Felda Simpang Waha, 7.56 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Jasni Amin, 40, berasal dari Felda Bukiy Aping Barat di sini.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa turut mempunyai tiga rekod berkaitan dadah dan jenayah.

"Terdapat kesan tikaman dan tetakan pada badan mangsa.

"Motif pembunuhan masih disiasat dan mayat dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2015 @ 6:16 PM