Assifuah menjaringkan gol penyamaan Sion untuk mengikat Liverpool 1-1 di Anfield. - Pix Reuters
Assifuah menjaringkan gol penyamaan Sion untuk mengikat Liverpool 1-1 di Anfield. - Pix Reuters

London: Steve McManaman berkata Liverpool sepatutnya ‘membelasah’ pasukan kerdil beraksi dalam Liga Europa seperti FC Sion.

Kritikan bekas pemain tengah berpengaruh Liverpool itu hadir selepas The Reds diikat 1-1 oleh kelab Switzerland di tempat sendiri awal pagi tadi menerusi jaringan Ebenezer Assifuah yang memadam gol serangan Adam Lallana.

Liverpool seri pada perlawanan pembukaan Kumpulan B di Bordeaux (Perancis) terpaksa membayar harga tinggi apabila gagal memanfaatkan banyak peluang ketika tekanan hebat terus melanda pengurus Brendan Rodgers.

Legenda Reds itu memberitahu BT Sport hari ini: "Marilah berkata jujur, Liverpool bermain buruk hari ini (awal pagi tadi). Mereka sepatutnya mengambil peluang.

"Ya mereka memang bekerja keras seperti anda sangkakan dan teratur tetapi Liverpool sepatutnya membelasah pasukan seperti itu”.

Selain Liverpool beberapa kelab lain beraksi seperti Borussia Dortmund, Tottenham, Ajax dan Celtic juga seri pada perlawanan masing masing. - Mirror

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Oktober 2015 @ 3:00 PM