Pelajar Malaysia di New York mengambil kesempatan bergambar dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Awang Adek Malaysia (Duta Malaysia ke PBB - kanan) ketika majlis minum petang - Foto BERNAMA (
Pelajar Malaysia di New York mengambil kesempatan bergambar dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Awang Adek Malaysia (Duta Malaysia ke PBB - kanan) ketika majlis minum petang - Foto BERNAMA (

New York: Malaysia berjanji menghantar 380 pegawai dan anggota polis untuk misi pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu

(PBB).

Bercakap pada Sidang Kemuncak Pengaman PBB di sini Isnin (Selasa di Malaysia), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan itu akan

menjadi sebahagian daripada Polis PBB.

Beliau berkata kumpulan tempur infantri, bersama-sama dengan unit kejuruteraan akan juga dihantar dengan segera membantu misi pengaman.

Najib berkata Pusat Pengaman Malaysia bertempat di Port Dickson setakat ini melatih lebih 2,500 peserta tempatan dan antarabangsa dari 52 negara.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menjadi hos bersama sidang kemuncak pengaman bagi mendapatkan sokongan dan komitmen daripada pemimpin dunia ke arah operasi pengaman PBB yang lebih berkesan.

Najib berkata sebagai pengerusi ASEAN, Malaysia memainkan peranan penting dalam penubuhan Kumpulan Tentera ASEAN Yang Bersiap Sedia mengenai Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana untuk dihantar dengan segera ke kawasan krisis di rantau ini.

Najib berkata sejak 1960, Malaysia telah menyertai 35 misi pengaman PBB melibatkan lebih 29,000 anggota tentera dan polis.

Beliau berkata pada masa ini, pasukan pengaman Malaysia mengambil bahagian di Sahara Barat, Congo, Lebanon, Liberia, Abyei dan Darfur. -BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2015 @ 11:32 PM