DATUK Richard Morais di perkarangan Hospital Kuala Lumpur. FOTO Yazit Razali
DATUK Richard Morais di perkarangan Hospital Kuala Lumpur. FOTO Yazit Razali
Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Adik Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, Datuk Richard Morais tiba dipekarangan bilik mayat Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Menurutnya, dia menerima panggilan daripada polis kira-kira jam 10.30 pagi tadi sebelum diarahkan ke HKL.

"Saya dapat arahan daripada polis untuk hadir ke HKL bagi membuat pengesahan DNA. Mereka suruh saya tunggu di sini dan masih menunggu sehingga pihak polis sampai.

"Saya hanya menunggu arahan mereka sama ada saya perlu membuat pengesahan DNA atau tidak," katanya.

Mayat Kevin di temui disimen di dalam sebuah tong dram di Jalan Subang 3, kira-kira jam 6 pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2015 @ 1:15 PM