ANGGOTA polis memeriksa kereta membawa tujuh PATI terbabit nahas.
ANGGOTA polis memeriksa kereta membawa tujuh PATI terbabit nahas.
Oleh Zuliaty Zulkiffli

Jitra: Dua remaja lelaki berusia 14 dan 16 tahun sanggup menjadi tekong darat menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini hanya kerana ingin mendapat wang dengan cara mudah.

Difahamkan, mereka mendapat upah RM30 bagi setiap PATI yang dibawa menggunakan kereta Proton Saga ke negara ini.

Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar selepas ditahan polis jam 2 pagi kelmarin, ketika cuba menyeludup tujuh PATI di Bukit Kayu Hitam.

Menurut sumber, suspek yang memandu roton Saga untuk menghantar PATI ke Kampung Perik, dekat sini, sebelum dihantar ke tempat lain panik apabila melihat kereta Unit Peronda Polis (MPV) menyebabkan mereka memecut kereta.

“Dua anggota polis MPV terbabit yang mengesyaki sesuatu mengejar menyebabkan kenderaan suspek terbabas di persimpangan Asun, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2015 @ 6:41 AM