DADAH yang ditemui pada suspek.
DADAH yang ditemui pada suspek.
KENDERAAN digunakan suspek rosak teruk selepas terbabas.
KENDERAAN digunakan suspek rosak teruk selepas terbabas.
Oleh Zuliaty Zulkiffli

Jitra: Seorang lelaki yang mempunyai lapan rekod jenayah berkaitan dadah sejak lebih 10 tahun lalu ditahan polis apabila kereta dinaiki terbabas dalam longkang ketika cuba melarikan diri dengan memandu secara berbahaya berhampiran Kem Tok Jalai dekat sini, kelmarin.

Lelaki berusia 33 tahun itu dikatakan melarikan diri kerana membawa dadah jenis syabu dan heroin, malah disyaki memandu di bawah pengaruh dadah.

Adegan kejar itu berlaku jam 10.15 malam ketika dua anggota Unit Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu terserempak suspek yang memandu dalam keadaan mencurigakan dari arah Taman Bukit Tinggi, Kepala Batas di sini, menyebabkan mereka cuba menahan kenderaan itu.

Bagaimanapun, suspek enggan memberhentikan kereta menyebabkan anggota terbabit meminta bantuan Bilik Gerakan IPD Kubang Pasu sebelum anggota Unit Ronda Bermotosikal (URB) membantu mengejar suspek sejauh kira-kira tiga kilometer.

Selepas cuba mengelak merempuh beberapa kenderaan, suspek gagal mengawal kenderaan jenis Volvo itu menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang di tepi jalan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 8:18 AM