SEORANG mangsa, Affendi Md Resat menunjukkan siling rumahnya yang runtuh  akibat hujan lebat dan angin kencang di FELDA Pasoh 3.
SEORANG mangsa, Affendi Md Resat menunjukkan siling rumahnya yang runtuh akibat hujan lebat dan angin kencang di FELDA Pasoh 3.
Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Jempol: “Saya nampak angin berpusar laju datang dari padang Sekolah Kebangsaan (SK) Pasoh 3 yang terletak berhampiran rumah sebelum angin itu menerbangkan atap rumah sejauh 50 meter,” kata Jamiah Abdullah.

Rumah peneroka Jamiah, 59, yang terletak di FELDA Pasoh 3, di sini, antara 70 rumah yang musnah dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang, kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, khemah sebuah gerai makan dan pentas di dewan orang ramai di tanah rancangan itu turut roboh.

Jamiah berkata, selain atap dan siling rumah rosak, sebahagian peralatan elektrik rumah termasuk televisyen turut rosak diterbangkan angin menyebabkan dia kerugian lebih RM5,000.

Pemilik gerai makan dikenali Zulkifli Ahmad, 45, berkata ketika kejadian hujan lebat itu dia sedang berniaga di gerainya dan terdapat beberapa pelanggan sebelum angin kencang melanda secara tiba-tiba dan merobohkan khemah serta memusnahkan peralatan gerai.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2015 @ 5:26 AM