PEMAIN Sabah Mix meraikan kejayaan muncul  juara.
PEMAIN Sabah Mix meraikan kejayaan muncul juara.

Kota Kinabalu: Sabah dan Brunei mencuri tumpuan pada kejohanan bola sepak 9 sebelah Kelab Bola sepak Antarabangsa (IFC) Veteran di padang SUKMA, hujung minggu lalu.

Sabah Mix memenangi kejuaraan utama mengalahkan Kelab Rekreasi Interact (IRC) dari Negeri Sembilan menerusi penentuan penalti 5-4 sesudah seri tanpa jaringan selepas 90 minit.

IRC menampilkan beberapa bekas pemain kebangsaan termasuk K Sanbagamaran dan A Jayakanthan manakala Sabah Mix mempunyai beberapa bekas pemain negeri seperti Jelius Ating dan Harun Laban.

XNFT Brunei memenangi kategori Plate apabila mereka menundukkan Wednesday dari Kuala Lumpur 1-0.

Ia kejohanan sehari yang menarik apabila 16 pasukan bersaing merebut gelaran.

Antara pasukan yang bertanding adalah Kelab Aman, KL Wednesday, Kelab Kilat, My World FC, Sri Muda Veterans, Seremban IRC, Royal Sungai Ujong Club, KL Redha, Sabah Mix, Brickwork Boys Singapura, Brunei XNFT, Brunei FT, Brunei Fun FC, Dynasty Macau, Sabah Tuaran FC dan tuan rumah IFC.

Penjaga gol Rosli Sani muncul wira buat Sabah Mix apabila dia menyelamatkan sepakan penalti terakhir pasukan lawan untuk memastikan kemenangan.

Bagi perlawanan tempat ketiga, Brunei VFAmengatasi Kilat 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 6:03 AM