Dua kanak-kanak nyenyak tidur di atas padang.
Dua kanak-kanak nyenyak tidur di atas padang.
Imej dilukis atas bangunan di St Etienne, Perancis.
Imej dilukis atas bangunan di St Etienne, Perancis.
‘Lelaki’ ini nyenyak tidur di Montreal, Kanada.
‘Lelaki’ ini nyenyak tidur di Montreal, Kanada.

Kesukaran tidur mungkin perkara biasa bagi warga bandar. Namun tidak bagi pelukis jalanan yang juga pasangan kekasih dikenali sebagai Ella & Pitr yang begitu mudah menghasilkan lukisan ‘gergasi’ tidur dalam pelbagai posisi dan bentuk di atas bumbung bangunan.

Ella & Pitr yang juga dikenali sebagai Papiers Peintres menghasilkan lukisan gergasi tidur bukan saja atas bumbung bangunan malah juga di padang yang kecantikannya lebih elok dinikmati dari udara seterusnya mengubah pemandangan biasa dari langit menjadi ‘katil’ bersaiz besar.

Karya mereka dapat dilihat di seluruh dunia, termasuk di Itali, Kanada dan Chile. Apa yang pasti, semua­nya nyenyak tidur dibuai mimpi indah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2015 @ 11:42 AM