Kuala Lumpur: Sehingga 5 petang tadi keadaan adalah terkawal dan peserta perhimpunan masih berkumpul terutamanya sekitar kawasan Dataran Merdeka.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata, tiada sebarang tangkapan dan insiden tidak diingini berlaku sepanjang tempoh berkenaan.

"Polis masih meneruskan kawalan terutamanya di kawasan Dataran Merdeka dan tempat yang menjadi tumpuan peserta perhimpunan berkumpul.

"Sekiranya berlaku sebarang perlanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada,"katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya memberi kerjasama dengan tidak memasuki kawasan Dataran Merdeka pada hari esok bagi menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2015 @ 7:22 PM