Oleh Erdiehazzuan Ab Wahid

Penampang : Seorang lelaki warga Indonesia berusia 26 tahun menjadi mangsa pertama banjir selepas ditemui lemas di Kampung Limbanak, hari ini.

Difahamkan lelaki itu terjatuh ke dalam sungai selepas keluar mencari sagu.

Pegawai Perhubugan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, Mohd Affendy Ramin berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 11.35 pagi dan mayat mangsa ditemui kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

"Sebaik menerima maklumat, seramai lapan anggota ditugaskan mencari dan menyelamat mangsa.

"Mangsa ditemui dalam keadaan lemas kira-kira jam 12.30 tengah hari dan seterusnya diserahkan kepada polis," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Oktober 2014 @ 2:11 PM