Kaherah: Seorang banduan begitu gembira selepas dibebaskan dari penjara sehingga menyebabkannya mengalami serangan jantung dan mati.

Jurucakap polis semalam berkata, lelaki berkenaan yang dipenjara kerana terbabit dalam pergaduhan di kejiranannya diarahkan dibebaskan oleh mahkamah, semalam.

“Sebaik hakim memerintahkan pembebasannya, dia terlalu seronok dan tiba-tiba mengalami serangan jantung.

“Lelaki berkenaan terus rebah dan mati sebaik keluar dari bangunan mahkamah,” kenyataan polis di sini. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 November 2014 @ 5:01 AM