ENGKU Abbas bersama replika botnya  yang unik.
ENGKU Abbas bersama replika botnya yang unik.
Oleh Azlan Hafeedz


Pasir Puteh: Dia tidak pernah mendapatkan pendidikan sempurna dalam seni arca mahupun berguru dengan mana-mana pakar yang mahir membuat replika sesuatu objek.

Hanya dengan pengamatan dan memori yang kuat, Engku Abbas Engku Ngah, 49, menterjemahkannya dalam rekaan sebenar, sekali gus mengagumkan mereka yang melihatnya.

Engku Abbas dari Kampung Pachakan, Semerak, di sini, menarik perhatian ramai apabila replika botnya menyamai reka bentuk sebenar bot nelayan bersaiz C2.

Tukang rumah itu berkata, minat mendalam dalam seni pertukangan membuatkan dia nekad mempelajari kaedah membuat replika bot dengan menggunakan bahan terbuang.

“Ketika berusia 20-an, selepas habis waktu bekerja, saya meluangkan masa kira-kira dua jam sehari untuk melihat sekumpulan tukang kayu di Pantai Air Tawar, Besut, Terengganu membina bot nelayan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2015 @ 8:05 AM