Oleh Aizat Sharif


Kangar: Selepas beberapa hari berdiam diri, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis tampil memberitahu kontraktor yang dilantik menyelenggara dan menyiapkan sepenuhnya Pusat Akuatik Kompleks Sukan Negeri Perlis diberi tempoh hingga 28 Ogos ini untuk menyempurnakan saki baki pembinaan kemudahan berkenaan.

Pengarah JKR Negeri Perlis Rahmat Abd Rahman berkata, andai kontraktor terbabit gagal berbuat demikian, satu notis pemberhentian perkhidmatan (stop work order) akan dikeluarkan manakala baki bayaran kerja kepada kontraktor itu pula akan diberikan kepada kontraktor baru.

“Jumlah peruntukan menyiapkan projek itu adalah RM15 juta dan kita membayar kontraktor terbabit berdasarkan kadar daya peningkatan pembinaan disiapkan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Kompleks Dewan Undangan Negeri, di sini, semalam.

Rahmat berkata, pembinaan Pusat Akuatik Kompleks Sukan Negeri Perlis itu sudah melebihi 80 peratus namun permasalahan mula timbul apabila kontraktor yang dilantik menyiapkan kemudahan itu secara berkala atau ‘on-off’.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2015 @ 8:51 AM