Oleh Hayati Ibrahim

Putrajaya: Tan Sri Annuar Musa dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkuatkuasa hari ini.

Selain itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Datuk Zahidi Zainul Abidin dilantik sebagai Pengerusi RISDA berkuatkuasa pada 1 September ini, selepas mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri NajibRazak.

"Pelantikan Annuar dan Zahidi dapat memimpin MARA dan RISDA dalam melaksanakan dasar dan perancangan oleh kementerian demi mencapai objektif transformasi negara," katanya dalam kenyataan di sini.

Annuar, 59, adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT UMNO) sejak2013 dan Ahli Parlimen Ketereh memiliki Sarjana dalam Pengurusan Pembinaan dari University College of London, serta Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Sementara, Zahidi, 54, yang juga Ahli Parlimen Padang Besar sejak2013 memiliki Ijazah Sarjana Sains Politik dari Irish International University; Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Northern California Global University dan Diploma Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2015 @ 5:11 PM