PERSEDIAAN jadi tuan rumah Sukan SEA 2017.
PERSEDIAAN jadi tuan rumah Sukan SEA 2017.
Oleh Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: Sebanyak RM1 bilion diperuntukkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam menaikkan taraf Kompleks Sukan Bukit Jalil (KSBJ) sebagai persediaan negara menjadi tuan rumah temasya dwi tahunan Sukan SEA 2017.

Perbelanjaan besar itu akan membabitkan dua fasa iaitu iaitu fasa pertama sebelum temasya bermula dan fasa kedua membabitkan pemulihan selepas temasya Sukan SEA tamat.

Perkara itu diumumkan menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan menegaskan jumlah besar itu diambil kira selepas penelitian terperinci dibuat dengan dana itu diperoleh daripada hasil jualan sebidang tanah di Bukit Jalil milik kerajaan.

Katanya, KBS akan bekerjasama dengan pemenang bidaan yang membabitkan lapan syarikat disenarai pendek dalam mengendalikan kedua-dua fasa merangkumi kemudahan baru selain usaha kerja menaik taraf stadium sedia ada.

“Kerja naik taraf ini akan membabitkan Stadium Putra, Stadium Nasional, pusat akuatik, stadium hoki, membaik pulih kediaman atlet di Casa MSN yang semakin usang. Ia juga akan membabitkan pembinaan beberapa kemudian baru di sekitar Bukit Jalil.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2015 @ 7:31 AM