MENGGUNAKAN parti bunga ros dan bunga raya untuk lulur.
MENGGUNAKAN parti bunga ros dan bunga raya untuk lulur.
TERAPI spa lulur aromatik ros.
TERAPI spa lulur aromatik ros.
RAWATAN tangas turut ditawarkan.
RAWATAN tangas turut ditawarkan.
ANTARA ramuan digunakan di spa.
ANTARA ramuan digunakan di spa.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin


Bauan bunga ros segar dicampur dengan pandan memberi kesegaran luar biasa sebaik saja melangkahkan kaki masuk ke spa ini.

Nyata, haruman semerbak itu bukan saja menyegarkan malah mampu melegakan segala tekanan dialami wanita yang sering kepenatan menggalas tanggungjawab di rumah mahupun di pejabat.

Terletak di tingkat empat, Hotel Blue Wave Shah Alam, Selangor, spa Muslimah itu jelas menjadi antara lokasi perlu dikunjungi terutama apabila mempunyai waktu terluang.

Menurut pengusaha spa terbabit, Norzila Hussin, keistimewaan perkhidmatan ditawarkan di spanya adalah lulur aromatik ros seluruh badan.

“Berasaskan wangian haruman bunga ros yang dicampur dengan wangian bunga raya, menjadikannya ramuan khas baik bagi membantu wanita supaya sentiasa kelihatan cantik, segar serta terurus.

“Ia menjadikan kulit lebih cantik, halus, gebu dan cerah selain menanggalkan sel mati serta kekotoran pada badan,” ujarnya.

Menurutnya, lulur berasaskan bunga itu juga mampu memutihkan bahagian tertentu seperti paha, lutut, siku serta ketiak.

“Ia juga baik untuk mengembalikan kebersihan kulit daripada kekotoran serta sel mati dalam liang pori.

“Selain mampu menjadikan warna kulit sekata, bauan bunga ros dan bunga raya ini menjadikan individu terbabit segar berpanjangan serta ceria,” katanya.

Norzila yang menjalankan spa itu sejak tahun lalu berkata, lulur ros aromatik seluruh badan adalah rawatan paling digemari ramai khususunya wanita yang mahukan penampilan sentiasa segar.

“Dengan tawaran harga RM70 untuk seluruh badan, harganya mampu milik dan tidak membebankan.

“Ia sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kelesuan selain mahukan badan terasa sentiasa bersih dan wangi,” ujarnya.

Selain lulur berasaskan bunga ros, spa terbabit turut terkenal dengan rawatan tradisionalnya iaitu bertangas.

Menurut Norzila, bertangas yang juga kaedah wap untuk merawat bahagian sulit wanita mempunyai 1,001 kebaikan yang tiada tandingannya.

“Rawatan ini bukan saja boleh dilakukan golongan wanita berkahwin dan selepas melahirkan anak malah ia juga sesuai dilakukan wanita yang masih belum berkahwin.

“Menggunakan air rebusan daripada herba, daun serai wangi, daun seringan, akar serapat, daun lemuni, daun pandan dan kunyit, rawatan ini memang terbaik khusus untuk wanita,” katanya.

Menerusi gabungan rawatan lulur aromatik ros seluruh badan dan bertangas, hasilnya mampu membuatkan sesiapa saja tersenyum apatah lagi fungsinya untuk membantu mengekalkan kesihatan diri dan kecantikan luar dalam.

Spa terbabit dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 7 malam kepada semua wanita.

“Kami menawarkan pelbagai rawatan bermula daripada lulur, urutan, bertangas, rawatan wajah, bertungku, sauna herba dan pelbagai jenis mandian.

“Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan setanding dengan kualiti perkhidmatan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai spa, layari Facebook spa bluewave hotel dan Instagram di spahotelbluewave.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2015 @ 11:56 AM