Sakura White berkongsi rahsia wajah berseri melalui rangkaian produknya terdiri daripada pencuci, krim pelembap dan masker pemutih intensif.

Mengambil ilham daripada bunga Sakura yang istimewa dan unik, ­ekstrak bunga dalam krim siang dan masker ­pemutih memiliki antioksidan, flavanoid dan poliphenol bagi meningkatkan kuasa pemutihan bagi ­memberikan wajah putih berseri.

Ia mampu menyingkirkan kekusaman selain kandungan vitamin B3 yang membantu ­kulit menjadi lebih mulus, ­lembut dan warna sekata. Masker pemutih juga boleh mengekalkan ­kelembapan kulit ­sehingga 24 jam.

Meningkatkan warna merah jambu pada wajah dan menambah kemulusan, Sakura White memperkenalkan ­produk yang boleh digunakan ­dengan rang­kaian sedia

ada iaitu Sakura White Pinkish Radiance Ultimate Serum.

Mudah digunakan, ­hanya sapu pada wajah dan leher yang sudah ­dibersihkan sebelum ­menyapu krim pelembap Sakura White Pinkish Radiance Krim Siang SPF21/PA+++.

Sakura White Pinkish Radiance Sleeping Essence pula membantu untuk memperbaiki tekstur kulit, mencerahkan, mengurangkan garisan halus dan melembapkan wajah ketika tidur.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 5:00 AM