BEG yang ditemui tidak jauh dari lokasi serpihan.FOTO AFP/Linfo.re/Antenne Réunion
BEG yang ditemui tidak jauh dari lokasi serpihan.FOTO AFP/Linfo.re/Antenne Réunion

Kuala Lumpur: Ketua Pasukan Pencarian MH370 Australia menolak wujudnya kaitan antara beg rosak teruk yang ditemui di Pulau Reunion kelmarin, dengan pesawat malang berkenaan.

Beg pakaian yang rosak teruk itu ditemui tidak jauh dari lokasi penemuan serpihan dipercayai milik MH370 sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa ia mungkin milik penumpang pesawat terbabit.

Menurut Ketua Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Martin Dolan yang mengetuai misi mencari pesawat itu di Lautan Hindi, penemuan beg itu dilihat tidak mempunyai sebarang kaitan.

“Tiada bukti kukuh yang menunjukkan ia (beg berkenaan) berada lama di dalam air (lautan) dan sebagainya.

“€œPihak ATSB kurang mempercayai beg berkenaan adah salah satu potensi bukti namun, kami tetap akan menyiasat dengan teliti penemuan terbabit sebelum membuat sebarang pengesahan," katanya.

Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Australia, Warren Truss pula berkata, perancangan sudah dilakukan untuk mengambil beg berkenaan daripada balai polis tempatan di Pulau Reunion secepat mungkin.

"€œMeskipun beg itu mungkin hanya sampah yang dibuang kerana tidak mempunyai sebarang hidupan marin (yang boleh menunjukkan tempoh beg berkenaan di dalam laut) tetapi kita tidak akan meminggirkan penemuan berkenaan.

"€œBeg berkenaan tetap akan diperiksa dengan teliti,"€ katanya.

Sementara itu, pihak ATSB sebelum ini sudah memeriksa kira-kira 50,000 kilometer persegi kawasan selatan Lautan Hindi untuk mencari pesawat malang terbabit namun tidak menemui sebarang bukti.

Bagaimanapun, pihak berkuasa merancang untuk meneruskan pencarian meliputi kawasan seluas 120,000 kilometer persegi. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2015 @ 1:20 PM