MANGSA yang putus kaki diberi rawatan kecemasan . FOTO ihsan pembaca
MANGSA yang putus kaki diberi rawatan kecemasan . FOTO ihsan pembaca
Oleh Nur Salliawati Salberi


Melaka: Penunggang motosikal parah apabila putus kaki kiri selepas terbabit dalam kemalangan dengan treler di Kilometer 32 Jalan Merlimau-Jasin, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa Fatehuddin Raban, 21, dikatakan dalam perjalanan dari Merlimau ke Jasin.

Jurucakap polis berkata, akibat kemalangan itu mangsa yang menunggang seorang diri putus kaki kiri.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum memasuki laluan bertentangan dan berlanggar dengan treler yang kebetulan melalui laluan itu.

"Mangsa yang cedera kemudian diberi rawatan kecemasan sebelum di hantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 12:51 PM