FOTO Hazsyah Abdul Rahman
FOTO Hazsyah Abdul Rahman
FOTO Hazsyah Abdul Rahman
FOTO Hazsyah Abdul Rahman
Oleh Hazsyah Abdul Rahman

Sandakan: Sebanyak empat rumah dan sebuah taska musnah terbakar di penempatan atas air di Kampung Sim-Sim, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada 2.10 petang itu, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan cedera dan usaha memadam kebakaran giat dilakukan anggota bomba.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM ) Zon Enam Sabah Andree Andrew berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 2.14 petang tadi sebelum sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Sandakan dikerah ke lokasi kebakaran.

"Sehingga kini, usaha memadam sedang giat dilakukan bagi mengelak lebih banyak rumah yang terbakar.

"Namun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 4:00 PM