SONY MDR-ZX330BT.
SONY MDR-ZX330BT.
SONY MDR-ZX770BN.
SONY MDR-ZX770BN.
Oleh Afiq Hanif


Dua model fon telinga terbaru, Sony MDR-ZX770BN dan MDR-ZX330BT sudah tentu menawarkan bunyi audio yang sangat mengagumkan apatah lagi ia membawa nama Sony yang tidak asing sebagai pengeluar aksesori mantap.

Kedua-duanya menawarkan tiga ciri utama iaitu mewah bunyi, kawalan bass mengasyikkan dan perincian audio tiada tandingan.

Bukan saja memberikan kepuasan audio kepada pengguna, Sony mengharapkan kedua-dua model ini berupaya dibawa ke mana saja oleh pemilik dengan kesediaan sambungan Bluetooth atau NFC bagi menghubungkannya ke siri Walkman, pemain MP3 atau telefon pintar.

MDR-ZX770BN lebih banyak ciri dengan sistem pembatalan bunyi luaran digital membolehkan audio didengar dengan lebih jelas di samping rekaan badan yang premium tapi selesa dan ia sesuai untuk penggemar audio yang agak cerewet dengan peranti bunyi mereka.

Manakala MDR-ZX330BT pula lebih santai dan ringkas sesuai untuk penggunaan seharian dan lengkap pemacu 30mm bersama jangka hayat bateri sehingga 30 jam.

INFO

SONY MDR-ZX770BN

- Harga: Tidak diperoleh

- Jenis: Fon kepala tutup telinga

- Sambungan: Bluetooth, NFC

- Ciri: Digital Noise Cancelling Bluetooth

- Bateri: 13 jam

- Pemacu: 40mm

- Sensitiviti: 98 dB/mW

- Impendens: 23 ? (1 kHz)

- Input Maksimum: 100mW

SONY MDR-ZX330BT

- Harga: Tidak diperoleh

- Sambungan: Bluetooth, NFC

- Bateri: 30 jam

- Pemacu: 30mm

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2015 @ 8:34 AM