Permaidani dalam stor yang terbakar. FOTO Amran Yahya
Permaidani dalam stor yang terbakar. FOTO Amran Yahya
Oleh Amran Yahya

Kuala Pilah: Sebahagian lebih 100 jemaah Masjid Jamek Kuala Pilah di sini, yang sedang menunaikan solat tarawih bertindak pantas memadamkan kebakaran dari stor masjid berkenaan, selepas terhidu bau asap, sekali gus menyelamat masjid itu daripada musnah terbakar, malam tadi.

Dalam kejadian 9.25 malam itu, kebakaran berlaku di stor di belakang masjid yang menempatkan 15 permaidani lama.

Pengerusi Jawatankuasa masjid itu, Rahim Awal berkata, menyedari ada kebakaran sebahagian jemaah lelaki segera keluar dan bekerjasama memadamkan api menggunakan air sementara menunggu ketibaan bomba.

"Alhamdulilah kita berjaya mengelakkan api daripada merebak ke seluruh masjid.

"Kebakaran pasti lebih besar jika tidak disedari lebih awal," katanya ketika ditemui, petang tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 2:02 PM