Abdul Rosik (dua dari kiri) bersama pegawainya menjalankan pemeriksaan sempena musim perayaan di premis menjual telefon di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Abdul Rosik (dua dari kiri) bersama pegawainya menjalankan pemeriksaan sempena musim perayaan di premis menjual telefon di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Oleh Norzamira Che Noh

Shah Alam: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor memeriksa 164 premis perniagaan di dua pusat beli-belah di bandar raya ini sebagai kesinambungan daripada pemantauan sempena musim perayaan.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK Selangor Abdul Rosik Yakub berkata, pemeriksaan itu dibuat bagi mengesan peniaga yang melakukan kesalahan seperti tidak mempamerkan tanda harga barangan dengan jelas, menjual barangan tiruan dan membuat jualan murah tanpa kebenaran daripada KPDNKK.

“Hasil pemeriksaan mendapati, ada beberapa premis yang tidak mempamerkan tanda harga jelas terutama premis yang menjual telefon pintar, aksesori komputer dan gajet elektronik.

“Tidak meletakkan tanda harga adalah kesalahan paling banyak dikenakan kompaun sepanjang pemantauan dilakukan,” katanya.

Abdul Rosik berkata, pelbagai barangan dirampas dalam pemeriksaan itu termasuk telefon pintar, gajet elektronik dan beberapa barangan tiruan seperti beg tangan dan tali pinggang kulit bernilai RM15,700.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 5:18 AM