SEORANG peserta larian terpelanting ditanduk seekor lembu di festival   Pamplona, semalam.
SEORANG peserta larian terpelanting ditanduk seekor lembu di festival Pamplona, semalam.

Pamplona (Sepanyol): Dua penduduk tempatan cedera ditanduk semalam ketika menyertai larian lembu sempena festival Pamplona.

Ratusan peserta berbaju putih dengan skaf merah di leher menyertai larian ketujuh pesta berkenaan semalam dan berjaya menghabiskan pusingan sejauh 850 meter itu di gelanggang laga lembu bandar itu dalam tempoh dua minit 12 saat.

Seorang lelaki berusia 22 tahun ditanduk di kaki kirinya manakala seorang lagi berusia 32 tahun ditanduk di perutnya, kata pihak berkuasa tempatan.

Kedua-dua lelaki itu yang nama mereka tidak didedahkan rakyat tempatan.

Kejadian itu meningkatkan jumlah mereka yang cedera dirodok sejak festival itu bermula minggu lalu kepada 10 orang.

Pada masa sama, puluhan peserta lain, termasuk pelancong yang turut menyertai festival berkenaan dirawat kerana luka dan cedera ringan.

Dalam kejadian semalam, dua peserta turut cedera, masing-masing di lutut dan kepala kerana terjatuh ketika berlari.

Jumlah peserta semalam kurang berbanding hari sebelumnya dan tiada yang cedera kali ini.

Pada hari pertama larian 7 Julai lalu, dua warga Amerika dan seorang Britain ditanduk manakala lapan lagi mengalami kecederaan lain.

Ratusan ribu orang datang dari seluruh dunia ke Pamplona untuk menyertai pesta jalanan yang berlangsung sehingga 14 Julai setiap tahun.

Tahun lalu, 17,000 menyertai larian lembu selama lapan hari dengan 56 peratus daripadanya pelancong asing, kata majlis perbandaran Pamplona.

Seramai 15 orang terbunuh dalam festival itu sejak sejak 1911. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 5:06 AM