Agensi

Madrid: Perlumbaan pertama larian lembu jantan dalam Festival San Fermin di bandar utara Pamplona, berlangsung Jumaat lalu.

Deutsche Welle yang memetik laporan agensi berita utama melaporkan acara pertama itu berakhir dengan enam orang mengalami kecederaan ringan akibat terjatuh atau dipijak.

PESERTA melarikan diri dalam acara larian lembu jantan dalam Festival San Fermin. FOTO AFP
PESERTA melarikan diri dalam acara larian lembu jantan dalam Festival San Fermin. FOTO AFP

Acara popular itu, di mana sekumpulan lembu jantan berlari melalui jalan-jalan berbatu yang sempit di bandar itu, menyebabkan 16 kematian sejak 1911.

Empat pelari ditanduk dalam festival sama pada tahun lalu.

ACARA larian lembu jantan ini menarik kunjungan jutaan pelancong setiap tahun. FOTO AFP
ACARA larian lembu jantan ini menarik kunjungan jutaan pelancong setiap tahun. FOTO AFP

"Enam orang dibawa ke hospital" dengan kecederaan di muka atau anggota badan, jurucakap Palang Merah, Jose Aldaba memberitahu televisyen awam Sepanyol.

"Tiada kecederaan yang kelihatan serius," kata Aldaba.

Acara itu secara tradisinya bermula pada 7 Julai, dengan beribu-ribu biasanya menghadiri perlumbaan pertama.

ORANG ramai duduk di balkoni bagi menyaksikan acara larian lembu jantan. FOTO AFP
ORANG ramai duduk di balkoni bagi menyaksikan acara larian lembu jantan. FOTO AFP

Tahun lalu, larian lembu jantan di Pamplona disambung semula selepas tidak diadakan selama dua tahun semasa pandemik Covid-19, dengan hampir 1.7 juta orang melawat Pamplona.

Jumlah itu dijangka bertambah pada tahun ini, apabila semua sekatan Covid-19 kini ditarik balik.

Kumpulan pemandu pelancong rasmi, Destino Navarra, berkata 70 peratus daripada jumlah tempahan pada tahun ini adalah pelawat dari Amerika Syarikat dan Kanada.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Julai 2023 @ 4:08 PM
PESERTA ACARA larian lembu jantan dalam Festival San Fermin. FOTO AFP
PESERTA ACARA larian lembu jantan dalam Festival San Fermin. FOTO AFP