Kalau sudah spesies gila publisiti dan suka mencari perhatian memang payah hendak ubah.

Itulah yang disampaikan kawan rapat SS mengenai pelakon kacak yang khabarnya kembali menagih perhatian di media sosial.

Kata kawan SS, ketika pelakon itu mengalami masalah kesihatan beberapa bulan lalu, dia memuat naik paparan bahan berbentuk keagamaan seperti ayat al-Quran dan doa.

Pada masa itu, tak ada pun gambar bukan-bukan termasuk selfie dan video menari seperti yang selalu dimuat naik olehnya.

Ulas kawan SS yang bermulut lancang, mungkin selebriti ini kena jaga konti agar dapat mengundang rasa simpati peminat.

Tambahnya, ingatkan selebriti ini betul-betul hendah berubah dengan mengekalkan perkongsian gambar atau video berbentuk keagamaan apabila sudah sihat.

Namun, tak sangka selebriti ini kembali ke tabiat lama yang menjengkelkan. Apa yang bermain di fikiran selebriti ini?

Hendak kata dia tidak dikenali, satu ‘Malaya’ memuji ketampanan wajahnya.

Kalau artis wanita tak habis-habis ‘berselfie’ dan memuat naik video untuk menarik perhatian peminat, SS boleh terima lagi, tetapi kalau selebriti lelaki yang buat rasa hendak muntah pula.

SS tidak ambil pusing sangat kalau selebriti ini nak bergambar ala-ala 18SX sebab dia yang akan tanggung kesannya. Cuma apabila semakin ramai rakan meluahkan rasa meluat maka terpanggil juga SS mengomel di ruangan ini.

Bagi SS, selebriti suam-suam kuku ini hanya mahu jual rupa dan menagih perhatian dengan cara ‘murah’.

Bukan apa, bak kata kawan SS semakin kerap selebriti ini memuat naik gambar atau video di media sosial makin terserlah orientasi seks sebenarnya di mata umum. Tak takut ke nanti usahanya yang cuba berselindung di sebalik cerita cinta dengan artis jelita selama ini sia-sia saja.

SS: Malu berkongsi gambar selfie di Instagram.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 5:01 AM