Syed Mahmud maut di tempat kejadian. FOTO ihsan PDRM
Syed Mahmud maut di tempat kejadian. FOTO ihsan PDRM
Oleh Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Seorang pengawal keselamatan berusia 24 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan pacuan empat roda di Jalan Kampung Padang Enggang, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira 9.40 pagi tadi menyebabkan mangsa, Syed Mahmud Syah Jamal Syed Mohd Zain parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke Pasir Hor gagal mengelak sebuah Toyota Hilux berwarna putih yang membuat pusingan U secara mengejut.

Akibatnya, motosikal mangsa merempuh sisi belakang pacuan empat roda itu dan mangsa mengalami kecederaan serius di kepala dan badan.

Mayat dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2015 @ 2:48 PM