GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.

Makassar (Indonesia): Kumpulan pemuzik di Indonesia sukar mencari rezeki ketika bulan Ramadan menggunakan pelbagai cara untuk menjadikan persembahan mereka lebih menarik.

Sebuah kumpulan muzik yang dikenali sebagai Orkes Vigra membuat persembahan di satu pentas bergerak bagi memudahkan mereka membuat persembahan di pelbagai lokasi.

Kelmarin kumpulan ini membuat persembahan di hadapan sebuah warung yang disertai dua penyanyinya, Dewi berusia 21 tahun dan Reski, 19.

Kedua-dua mereka menyanyikan lagu dangdut di atas pentas bergerak yang ditarik motosikal.

Ketua Orkes Vigra Alam, 40, berkata, pada setiap malam mereka akan bergerak ke setiap restoran yang biasanya dipenuhi pelanggan selepas selesai solat Terawih.

Katanya, mereka juga sering diupah membuat persembahan bagi mengejutkan penduduk bangun bersahur.

“Pada bulan Ramadan, jemputan untuk membuat persembahan pada majlis tertentu sangat kurang. Kami terpaksa bergerak untuk mencari pelanggan.

“Setiap malam kami peroleh pendapatan purata sekitar Rp500,000 (RM143) dan Rp700,000 (RM200) yang dibahagikan bersama anggota lain,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2015 @ 10:21 AM