Anggota pasukan keselamatan Iraq dan orang ramai berusaha mencari mangsa yang terselamat selepas tiga rumah musnah akibat letupan bom yang jatuh dari pesawat penggempur Iraq. - Foto AP
Anggota pasukan keselamatan Iraq dan orang ramai berusaha mencari mangsa yang terselamat selepas tiga rumah musnah akibat letupan bom yang jatuh dari pesawat penggempur Iraq. - Foto AP
Seorang penduduk mendukung kanak-kanak yang cedera selepas bom jatuh dari jet penggempur Iraq membunuh lima orang Ni'iriya, dekat Baghdad. - Foto Reuters
Seorang penduduk mendukung kanak-kanak yang cedera selepas bom jatuh dari jet penggempur Iraq membunuh lima orang Ni'iriya, dekat Baghdad. - Foto Reuters

Baghdad: Sebutir bom dari jet penggempur Sukhoi milik Iraq jatuh ke atas kawasan perumahan kerana masalah teknikal membunuh sekurang-kurangnya lima penduduk di Ni'riya, timur Baghdad, petang tadi.

“Satu daripada bom berkenaan tersangkut kerana masalah teknikal dan ketika pesawat itu pulang ke pangkalan, bom berkenaan jatuh ke kawasan perumahan di Ni'riya memusnahkan tiga rumah,” kata jurucakap tentera Iraq Brigadier Jeneral Saad Maan dalam kenyataan.

Televisyen Iraq melaporkan, jet Sukhoi itu sedang menyertai misi serangan terhadap kedudukan Negara Islam (IS) dan bom berkenaan gagal dilepaskan daripada pesawat ketika misi.

Polis di Ni'riya, timur Baghdad, menyatakan jumlah kematian akibat letupan bom itu lima orang namun ada penduduk mendakwa tujuh mati.

Tentera Iraq yang disokong pesawat penggempur pihak bersekutu diketuai Amerika Syarikat melancarkan serangan hampir setiap hari terhadap kedudukan IS di barat dan utara Iraq. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 9:01 PM