TABUNG masjid yang dibawa lari  suspek.
TABUNG masjid yang dibawa lari suspek.
DUA suspek yang ditahan reman dipercayai terbabit dalam kes memecah tabung masjid.
DUA suspek yang ditahan reman dipercayai terbabit dalam kes memecah tabung masjid.
Oleh Ahmad Ismail

Segamat: Dua lelaki ditahan polis semalam, selepas dipercayai bertanggungjawab terhadap sekurang-kurangnya empat kes pecah tabung masjid di daerah ini.

Kedua-dua suspek berusia 22 dan 24 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan di daerah ini hasil siasatan yang dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, suspek pertama yang berusia 24 tahun itu ditahan dalam serbuan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Segamat ke atas sebuah rumah di Jalan Hassan, jam 2.45 pagi.

“Kira-kira 15 minit kemudian, satu lagi pasukan dari IPD Segamat menahan rakan suspek pertama yang berusia 22 tahun di sebuah kediaman di sekitar Batu Anam,” katanya.

Menurut Mohd Kamil, pemeriksaan ke atas suspek turut mendapati mereka positif dadah jenis syabu dan direman empat hari bagi membantu siasatan lanjut.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 7:46 AM