KEBAKARAN musnahkan hampir keseluruhan tiga rumah. FOTO ihsan Bomba
KEBAKARAN musnahkan hampir keseluruhan tiga rumah. FOTO ihsan Bomba
Oleh Hadzlihady Hassan


Georgetown: Tiga rumah hangus dalam kebakaran di kampung Jalan Madrasah, Jelutong, di sini, malam tadi.

Kebakaran berlaku 9.15 namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Jurucakap bomba dan penyelamat Jalan Perak berkata, pihaknya menerima panggilan 9.30 malam dan tiba di lokasi kejadian tujuh minit selepas itu.

"Kebakaran memusnahkan hampir keseluruhan tiga rumah terbabit.

"Setakat ini api sudah berjaya dikawal dan punca kebakaran dikatakan berlaku kerana seorang penghuni terlupa memadam api selepas selesai memasak," katanya yang dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2015 @ 10:36 PM